سكرين

ASTRO:
TV3: 103
TV9: 149

Telefon Tanyalah Ustaz TV9:
03-55690349

Telefon Tanyalah Ustaz TV3:
+603 5569 0349

Whatsapp Tanyalah Ustaz TV9:
014-7145646

Whatsapp Tanyalah Ustaz TV3:
+6011 12336480

Facebook:

Friday, May 14, 2021

MUDAHNYA SYURGA { DA'I ANNAS & USTAZ ROSLAN MOHAMED }



Syurga menjadi tempat tinggal kekal bagi orang-orang yang beriman.
  Syurga merupakan tempat tinggal dan perhentian terakhir yang amat indah yang kekal abadi buat selama-lamanya.

 

Setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur.

 

TOPIK : MUDAHNYA SYURGA
PANEL : USTAZ ROSLAN MOHAMED
DA'I ANNAS

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga Firdaus sebagai tempat tetamu. Ciri-ciri penghuni Syurga Firdaus adalah para syuhada’ yang mati syahid kerana berjuang ke jalan Allah, para nabi dan rasul, orang yang membayar zakat, orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, orang yang memelihara solat, orang yang berpaling dari pekerjaan yang sia-sia, orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka.

 

Mendengar bunyi pintu syurga dibuka sahaja sudah mengasyikkan. Melihat pintu syurga dibuka untuk kita, perasaannya tidak mampu digambarkan. Segala nikmat syurga yang dahulunya pernah diceritakan kini terbentang di hadapan. Sungguh segalanya lebih indah, lebih hebat dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang pernah digambarkan. Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia. Di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir dan piala-piala minuman yang disediakan. Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

No comments:

Post a Comment