Sungguh Kami telah memberi padamu Al Kautsar. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sungguh, orang yang membencimu dia yang terputus.
Sebagaimana Kami telah memberimu kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat, maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu. Kerjakanlah solat fardu dan solat sunatmu dengan ikhlas kerana Allah. Dalam solat terdapat ketundukan hati dan anggota badan kepada Allah s.w.t.
Berkorban di sini bermaksud menyembelih haiwan Qurban dan mensyukuri nikmat Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang memusuhimu, mencelamu, merendahkanmu, benci kepada petunjuk, kebenaran, bukti yang jelas, dan cahaya terang yang kamu sampaikan; dialah yang terputus dari rahmat Allah, terputus dari semua kebaikan, terhina, direndahkan dan terputus sebutannya, terputus namanya atau terputus keturunannya.
MODERATOR: DA’I HAKIM
PANEL: USTAZ FIRDAUS SUBHI
TAJUK: TAUBAT
Taubat adalah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah. Supaya seseorang itu melakukan kebaikan dan mencegah dari kejahatan. Tujuan taubat supaya dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna.
MODERATOR: DA’I HAKIM
PANEL: USTAZ DR. MOHD FARID RAVI ABDULLAH
TOPIK: BERIMAN KEPADA ALLAH
Dari segi bahasa, perkataan Iman yang bermaksud "percaya" atau "membenarkan". Iman (الإيمان) bererti "percaya kepada Allah". Kalimah “laa ilaaha illallah” merupakan kalimah iman.
laa ilaaha illallah
Rukun Iman bagi orang Islam ada 6 perkara iaitu :-