سكرين

ASTRO:
TV3: 103
TV9: 149

Telefon Tanyalah Ustaz TV9:
03-55690349

Telefon Tanyalah Ustaz TV3:
+603 5569 0349

Whatsapp Tanyalah Ustaz TV9:
014-7145646

Whatsapp Tanyalah Ustaz TV3:
+6011 12336480

Facebook:

Thursday, April 30, 2020

Dakwah Tanpa Batasan { DA’I HILMAN & USTAZ HALIM DIN }

Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar suatu da'i. Seorang da'i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog. Uslub dakwah bermaksud ilmu mengenai cara berdakwah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan dakwah dalam menarik golongan yang diseru kepada ajaran Islam.

Setiap perilaku dan amalan harian para pendakwah dan umat Islam hendaklah mencerminkan kesucian Islam yang menjamin kesejahteraan dan ketenteraman sejagat. Setiap tindakan akan dilihat oleh masyarakat bukan Muslim untuk dinilai sebelum menerima Islam. Tingkah laku mestilah berasaskan nilai tauhid, mengikut syariat Islam serta berbentuk ajakan kepada kesempurnaan Islam.

Pendidikan Islam sendiri merupakan proses mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai fitrah insaniah. Proses pendidkan Islam ini akan membina akhlak dan membawa kepada kehidupan yang sempurna. Dakwah secara ini perlu merujuk kepada cara dakwah Muhammad semasa di peringkat awal Islam yang lebih memberi penekanan kepada psikologi, rohani dan perasaan.




Tanyalah Ustaz 

MODERATOR: DA’I HILMAN
PANEL: USTAZ HALIM DIN
TOPIK: DAKWAH TANPA BATASAN

Islam menyuruh kepada umat Islam umumnya dan para pendakwah khususnya supaya mewujudkan suasana pergaulan yang baik dan menunjukkan jalan yang lurus kepada masyarakat yang belum Islam atau bukan Muslim. Para pendakwah harus mengenali latar belakang masyarakat yang hendak diseru itu terlebih dahulu supaya dapat melicinkan pergaulan dan proses bermuamalah dengan mereka. 

Ziarah merupakan satu usaha mendampingkan diri dengan bukan Muslim yang digalakkan oleh Islam terutama di waktu-waktu yang diperlukan seperti apabila mereka sakit, bermasalah, mahukan pertolongan dan seumpamanya. Ziarah boleh melapangkan dada mereka dan memberi ketenangan.