سكرين

ASTRO:
TV3: 103
TV9: 149

Telefon Tanyalah Ustaz TV9:
03-55690349

Telefon Tanyalah Ustaz TV3:
+603 5569 0349

Whatsapp Tanyalah Ustaz TV9:
014-7145646

Whatsapp Tanyalah Ustaz TV3:
+6011 12336480

Facebook:

Friday, May 14, 2021

MUDAHNYA SYURGA { DA'I ANNAS & USTAZ ROSLAN MOHAMED }



Syurga menjadi tempat tinggal kekal bagi orang-orang yang beriman.
  Syurga merupakan tempat tinggal dan perhentian terakhir yang amat indah yang kekal abadi buat selama-lamanya.

 

Setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur.

 

TOPIK : MUDAHNYA SYURGA
PANEL : USTAZ ROSLAN MOHAMED
DA'I ANNAS

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga Firdaus sebagai tempat tetamu. Ciri-ciri penghuni Syurga Firdaus adalah para syuhada’ yang mati syahid kerana berjuang ke jalan Allah, para nabi dan rasul, orang yang membayar zakat, orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, orang yang memelihara solat, orang yang berpaling dari pekerjaan yang sia-sia, orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka.

 

Mendengar bunyi pintu syurga dibuka sahaja sudah mengasyikkan. Melihat pintu syurga dibuka untuk kita, perasaannya tidak mampu digambarkan. Segala nikmat syurga yang dahulunya pernah diceritakan kini terbentang di hadapan. Sungguh segalanya lebih indah, lebih hebat dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang pernah digambarkan. Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia. Di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir dan piala-piala minuman yang disediakan. Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

Kehebatan Istighfar { DA'I AIMAN & USTAZ AHMAD IZZHAR NAZRI }

Istighfar adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Dalam Islam, istighfar ialah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan daripada Allah. Tindakan ini pada umumnya dilakukan dengan mengulangkan perkataan astaghfirullah , yang bermakna "Saya meminta keampunan Allah".

                                                            MODERATOR: DA'I AIMAN 
                                                PANEL : USTAZ AHMAD IZZHAR NAZRI
                                                        TOPIK: KEHEBATAN ISTIGHFAR

Seorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan sahaja ketika meminta ampun dari Allah sebagai doa, malah juga ketika dia sedang berbicara dengan orang lain. Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari melakukan perbuatan yang salah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Orang yang sentiasa ikhlas memohon keampunan daripada Allah swt pasti sentiasa dibersihkan dari dosa-dosanya. Apabila seseorang hamba itu bersih dari dosa maka munajatnya mudah diperkenankan oleh Allah swt kerana dekatnya dia di sisi Allah swt.


Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada. Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian, adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.  Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar.


Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.  Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai. Beruntunglah orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.


Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Wednesday, May 12, 2021

SOLAT-SOLAT SUNAT { DA'I HILMAN & USTAZ MUHADIR JOLL }

 Solat sunat ialah solat yang mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak mendapat dosa jika ditinggalkan bagi penganut agama Islam.



Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam). 


Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.


Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan


MODERATOR: DA’I HILMAN
PANEL: USTAZ MUHADIR JOLL
TOPIK: SOLAT-SOLAT SUNAT

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan. Selain itu disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri.


Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis, iaitu Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah iaitu 2 rakaat sebelum salat Zhuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. 

Tuesday, May 11, 2021

Pengsisytiharan Aidilfitri

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 1442/2021

1 Syawal 1442

Khamis 13 Mei 2021


Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa.

Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik. Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah. Umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah dalam tempoh Hari Raya Aidilfitri.


Tuesday, May 4, 2021

KELEBIHAN BULAN RAMADAN { DA’I LUQMAN & USTAZ MOHD ELYAS ISMAIL}

Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. 

Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"

Kelebihan bulan Ramadan dibandingkan dengan bulan lainnya adalah diampuninya dosa orang yang menjalankan ibadah puasa dan juga orang yang menjalankan shalat.

Kelebihan bulan Ramadan berikutnya adalah adanya malam lailatul qadar yang jika kamu beribadah pada malam tersebut maka pahalanya lebih baik dari seribu bulan. 


MODERATOR: DA’I LUQMAN
PANEL: USTAZ MOHD ELYAS ISMAIL
TOPIK: KELEBIHAN BULAN RAMADAN


Kelebihan bulan Ramadan begitu banyak dan menjadi bulan yang sangat istimewa dibandingkan bulan-bulan lain bagi umat Islam. Datangnya bulan Ramadan sangat dinanti-nantikan karena di bulan ini segala pintu taubat akan dibuka, dan banyak ibadah yang jika dilakukan akan menghasilkan pahala yang berlipat ganda. 

Kelebihan bulan Ramadan berikutnya adalah di bulan ini Allah SWT membuka pintu surga, menutup pintu neraka, dan membelenggu para setan yang menghasut manusia.

Monday, May 3, 2021

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN { DA’I LUQMAN & USTAZ CHE AMRAN }

 TANYALAH USTAZ RAMADAN 1442 H TAHUN 2021



MODERATOR: DA’I LUQMAN
PANEL: USTAZ CHE AMRAN MD YUSOFF
TOPIK: 10 MALAM TERAKHIR