Sungguh Kami telah memberi padamu Al Kautsar. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sungguh, orang yang membencimu dia yang terputus.
Sebagaimana Kami telah memberimu kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat, maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu. Kerjakanlah solat fardu dan solat sunatmu dengan ikhlas kerana Allah. Dalam solat terdapat ketundukan hati dan anggota badan kepada Allah s.w.t.
Berkorban di sini bermaksud menyembelih haiwan Qurban dan mensyukuri nikmat Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang memusuhimu, mencelamu, merendahkanmu, benci kepada petunjuk, kebenaran, bukti yang jelas, dan cahaya terang yang kamu sampaikan; dialah yang terputus dari rahmat Allah, terputus dari semua kebaikan, terhina, direndahkan dan terputus sebutannya, terputus namanya atau terputus keturunannya.
No comments:
Post a Comment